1. PENGENALAN
Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.

1.1 Definisi Pantun
PANTUN ialah karangan berangkap yang menggunakan bahasa-bahasa indah.
- Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang sempurna dari segi maknanya.
- Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan satu lagi bahagian maksud.
- Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud.
- Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud.
- Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar.
- Bagi pantun dua kerat rima akhir dalam bentuk 'a,a'.
- Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk 'a,b,a,b'.
1.2 Jenis - Jenis Pantun
Pantun Dua Baris
Contoh:
Contoh:
Durian Teluk Emas,
Siapa kemudian dia kemas.
Pantun Empat Baris
Contoh:
Contoh:
Jika pergi ke padang datar,
Jangan lupa pulang berlabuh,
Jika kita kepingin pintar,
Belajarlah sungguh-sungguh.
Pantun Enam Baris
Contoh:
Contoh:
Rumah gadang di
Minangkabau,
nan berukuir
sembilan orang,
nan bertebat di
kebun bunga,
cincin emas
tinggalah engkau,
batu permata biarlah
hilang,
sekarang intan sudah
kupunya.
Pantun Lapan Baris
Contoh:
Di kolam menangkap angsa,
Angsa diikat oleh orang tua,
Orang tua membacakan narasi,
Narasi tentang pulau sumatera,
Meski berbeda suku dan bangsa,
Warna kulit berbeda jua,
Jagalah persatuan dan toleransi,
Agar hidup menjadi damai sejahtera.
Pantun Dua Belas Baris
Contoh:
Rotan
sepatah dua patah,
Tarik
kerakap batang padi,
Dibawa
sultan dari judah,
Padi
yang jangan digemparkan,
Kalau
gempar jadi gugur,
Bila
gugur masuk perigi,
Tuan
di mekah di madinah,
Naik
akhirat naik haji,
Tegak
berdiri Rasulullah,
Kami
yang jangan dilupa,
Kalau
lupa antara tidur,
Alam
tidu menjadi mimpi.
Pantun Berkait
Contoh:
Contoh:
Anak
ayam turun sepuluh,
Mati
satu tinggal sembilan,
Tuntutlah
ilmu dengan sungguh - sungguh,
Supaya
engkau tidak ketinggalan.
1.3 Contoh Pantun Nasihat Untuk Belajar
Bangau terbang iring-iringan
Terbang jauh satu kepakan
Al Quran adalah pegangan
Jangan pernah dilupakan
Tari piring tari saman
Tari lilin apinya berpijar
Al Quran adalah pedoman
Rajin-rajinlah ananda belajar
Mentari pagi sinarnya hangat
Berangkat kerja ke Pulau Rengat
Belajar haruslah semangat
Jangan tersalah pada niat
Kancil menulis di daun lontar
Ketika mentari telah bersinar
Belajar bukan sekedar pintar
Tapi menjadi pribadi benar
Memancing ikan diberi umpan
Agar datang si ikan toman
Ilmu ibarat kemudi sampan
Agar hidup di garis tujuan
Apa gunanya tumbuhan temu
Ramuan jamu dengan lengkuas
Bila hati dipenuhi ilmu
Jiwanya besar pikirannya luas
Ikan nila berpindah kolam
Mencari kawan namanya tiram
Jika ilmu semakin dalam
Jiwa berani hatinya tentram
Sungguh indah syair setanggi
Merangkai kata bagai hiasan
Ilmu itu harus tinggi
Jangan dunia sebagai batasan
Apa namanya kepala kereta
Namanya masinis bukan nakhoda
Apa tujuan ilmu kita
Tujuannya mengenal Sang Pencipta
Kolam penuh ikan sepat
Untuk dimasak di daun talas
Jika ingin ilmu manfaat
Cari guru yang tulus ikhlas
Elang terbang ke atas awan
Turun bangau badannya kumal
Bukan banyaknya pengetahuan
Ilmu adalah banyaknya amal
Ngengat mengejar kura-kura
Bertemu mereka di pelimbahan
Semangat bagai api membara
Tiada padam oleh godaan
Laut dalam tempat berenang
Tempat ikan bermain-main
Sehari seutas benang
Setahun menjadi sehelai kain
Lebah dipimpin seekor ratu
Mencari bunga dekat kencur
Air lembut menetes di batu
Lama-lama batupun hancur
Sepah tebu rasanya hambar
Bila dibakar pasti berkobar
Jika engkau terus bersabar
Ilmumu pasti akan lebar
Jangan tertipu dunia semu
Tinggal di dunia hanya sepagi
Jika engkau orang berilmu
Derajatmu pasti meninggi
Dari mana datangnya wahyu
Kepada Nabi wahyu turun
Dari mana datangnya ilmu
Dari belajar dengan tekun
1.4 Contoh Pantun Sahabat Sejati
Senyumanmu selalu mengharungi,
Menebar aroma bau mewangi,
Ku ucap salam setulus hati,
Assalammualaikum sahabat sejati.
Ketika hati dilanda sepi,
Engkau hadir menemani diri,
Kerana engkaulah sehabat sejati.
Begitu banyak kenangan kita,
Yang kita lalui bersama,
Akan ku kenang sampai akhirat,
Meskipun sampai akhir masa.
Buah duku buah rambutan,
Jumpa sahabat bawa buah tangan,
Entah jodoh entah bukan,
Yang penting keteguhan pesahabatan.
1.5 Kebaikan & Kelemahan Berpantun Masa Kini
Kebaikan Aktiviti Berpantun
Antara kebaikan aktiviti berpantun di dalam kelas
adalah yang pertama, dapat melatih murid supaya peka terhadap keindahan,
kehalusan dan kesenian bahasa yang ada dalam pantun. Kesedaran murid-murid
terhadap unsur ini membolehkan mereka menghargainya sebagai sebahagian karya
seni yang bernilai dalam kehidupan. Guru-guru boleh memperkenalkan pantun yang
mudah kepada murid-murid seperti pantun dua kerat. Menurut Knapton dan Evans
(1967), Manfaat terbesar daripada suatu karya sastera ialah ia membekalkan pengalaman
estetik yang akan membawa pengaruh positif dan sihat ke atas penerimanya.
Penggunaan bahan sastera dapat menolong memenuhi objektif untuk menanam
nilai-nilai murni pada diri pelajar yang sedang di alam keremajaan. Pantun
merupakan antara jenis cabang sastera yang patut dipelajari.
Kelebihan kedua adalah untuk melatih murid-murid memahami dan menterjemah bahasa yang mengandungi pelbagai makna yang terdapat dalam pantun dua kerat. Cara ini boleh membantu murid-murid mempertingkatkan lagi perbendaharaan kata di samping membantu memperkukuh kemahiran berbahasa mereka.
Selain itu, kelebihan ketiga adalah memberi peluang murid-murid untuk menikmati pantun dan memahami maksudnya secara keseluruhan. Kegiatan ini boleh mendorong murid-murid memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan karya seni mereka seperti menghasilkan pantun yang paling mudah iaitu dua kerat ciptaan sendiri yang semakin dilupakan masyarakat.
Seterusnya yang terakhir, Membolehkan murid-murid belajar bahasa lisan dalam suasana yang menyeronokkan kerana terdapatnya unsur berhibur. Aktiviti ini juga mampu menyuburkan minat serta menghidupkan lagi imaginasi murid-murid. Menurut Koh Boh Boon (1994), Penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu dapat, antara lain menanam penghayatan terhadap keindahan Bahasa Melayu, memperkaya perbendaharaan kata dan mengasah kemahiran murid untuk mengarang dengan baik.

Kelemahan Aktiviti Pantun
Pada masa kini, dunia teknologi maklumat yang lebih
menyeronokkan telah menyebabkan generasi muda kurang terdedah kepada budaya
lama seperti budaya berpantun. Oleh itu, terdapat beberapa kelemahan yang dapat
dikesan dalam aktiviti berpantun. Antaranya seperti yang pertama, pelajar lemah
dalam memahami maksud pantun yang hendak disampaikan. Kadangkala, mereka hanya
tahu cara membaca pantun dengan intonasi pantun yang betul. Namun mereka masih
tidak memahami apakah yang ingin disampaikan oleh pantun tersebut.
Kelemahan kedua adalah, pelajar lemah dalam kemahiran mencipta pantun. Keadaan ini turut dialami atau terjadi pada generasi muda pada hari ini. Prof. Dr. Harun Mat Piah juga mengatakan, agak malang ada pantun yang dilontarkan tidak ada hubung kait langsung antara bait pembayang dengan maksud sedangkan dalam mengarang pantun inilah aspek yang perlu ditekankan (Utusan Malaysia, 22/02/2007).
Kelemahan ketiga adalah Puisi klasik atau pantun jarang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada masa kini, subtopik yang ingin diajar adalah terlalu banyak sehingga guru tiada mempunyai masa yang cukup untuk mengajar pantun. Pantun juga dilihat tidak begitu sesuai untuk disampaikan medium penyampaian maklumat untuk beberapa jenis matapelajaran seperti matematik dan sains.
Kelemahan yang keempat adalah pantun kian ketandusan di kalangan generasi muda terutama pelajar. Pelajar hari ini didedahkan kepada sumber-sumber hiburan lain yang lebih menarik berbanding dengan bahan bacaan yang berunsur lebih ringan, padat dan berbentuk hiburan (Lee Kim Hong, 2005). Pada maa kini, pelajar lebih suka melayari laman sosial berbanding membaca buku-buku pantun.

Kelemahan yang
seterusnya adalah kekurangan buku-buku ilmiah berkaitan pantun serta kurangnya
dorongan ibu bapa untuk mempelajari pantun. Dapatan kajian Kathy (1994)
membuktikan bahawa kekurangan buku-buku sastera berbentuk rekreasi di pasaran
merupakan faktor kekurangan minat pelajar terhadap sastera. Ibu bapa kurang
memberi galakkan kerana mereka beranggapan dengan membaca bahan sastera seperti
novel dan cerpen akan mengganggu pencapaian akademik (Lee Kim Hong, 2005).
1.6 Rumusan
Pantun merupakan
antara khazanah bangsa melayu yang amat bernilai dan patut dipelihara. Pantun
akan menjadi lambang kebijaksanaan dan adab berkias yang dicipta dan diamalkan
oleh orang melayu. Menurut Prof. Madya Siti Hajar Che Man (2013), pantun
berbicara tentang manusia, dan seperti bentuk sastera tradisional yang lain
pantun membawa “suara” kolektif masyarakatnya. Sebagai seni sosial, pantun amat
terlibat dengan tuntutan untuk mendidik, dan membudayakan ahli masyarakatnya.
Pantun seumpama sebuah ensiklopedia atau “buku” adab dan tradisi yang tiada
tolok bandingnya. Perincian dalam pantun itulah cerminan kerencahan dan leluhur
bangsa dulu, kini dan selamanya. Rumusan itu jelas menunjukkan betapa
bernilainya budaya berpantun. DR Haryati Shafii (2010) pula menyifatkan pantun
amat penting untuk dilestarikan apabila dihubungkait dengan pembangunan mampan.
Kelestarian unsur alam itu sebenarnya membawa maksud tersurat dan tersirat
sebagai pembayang maksud bagi menyampaikan sesuatu perkara dalam bentuk kiasan.
Hal ini kerana masyarakat Melayu yang kaya dengan sopan dan santunnya amat
menitik beratkan cara percakapan, pergaulan, cara hidup dan bermasyarakat yang
jelas menggambarkan keluruhan budi perkerti yang tiada tolok bandingnya
(Haryati, 2010). Selain itu, kita boleh mengkaji pantun-pantun lama yang
membaca catatan sejarah yang amat bernilai. Bagaimanapun bahan-bahan ini
(pantun) perlu diperbandingkan dengan catatan-cata tan sejarah untuk dipastikan
kebenaran fakta yang terdapat di dalamnya (Zahir Ahmad, 2005).